DISEMBER 2021

Pindaan Perlembagaan Berkaitan MA63 Dilulus, Fadillah Ucap Terima Kasih


KUALA LUMPUR: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63, pada hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan sokongan majoriti lebih dua pertiga selepas bacaan kali kedua dan ketiga seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan.

“Alhamdulillah Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 dengan majoriti lebih dua pertiga, petang ini.

“Terimakasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan untuk meluluskan pindaan perlembagaan berkenaan,” katanya yang juga Menteri Kanan Kerja Raya.

Sebanyak 199 undi menyokong selepas bacaan kali ketiga dan dibahas oleh 28 anggota Dewan Rakyat.

Pindaan itu memberi pengiktirafan terhadap tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber dari : Jiwa Bakti